Rabu, 9 Mac 2011

sumber rujukan dalam komunikasi islam

Al-Quran

Secara Bahasa Qara’a mempunyai arti mengumpulkan dan menghimpun dan qiraah berarti menghimpun huruf-huruf dan kata-kata satu dgn yg lain dalam satu ucapan yg tersusun rapi. Quran pada mulanya seperti qiraah yaitu masdar dari kata qara’a qiraatan quranan. Allah SWT berfirman yg artinya Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya dan membacanya. Apabila Kami telah selesai membacakannya maka ikutilah bacaannya itu. .
Kata qur’anah pada ayat di atas berarti qiraatuhu {bacaannya/cara membacanya}. Jadi kata itu adl masdar menurut wazan fu’lan dgn vokal u seperti ghufran dan syukran. Kita dapat mengatakan qara’tuhu quran qiraatan wa quranan artinya sama saja. Di sini maqru’ {apa yg dibaca} diberi nama quran yakni penamaan maf’ul dgn masdar.
Quran dikhususkan sebagai nama bagi kitab yg diturunkan kepada Muhammad saw. sehingga Quran menjadi nama khas bagi kitab itu sebagai nama diri.
Secara gabungan kata itu dipakai utk nama Quran secara keseluruhan begitu juga utk penamaan ayat-ayatnya. Maka jika kita mendengar orang membaca ayat Quran kita boleh mengatakan bahwa ia sedang membaca Alquran.
Dan apabila dibacakan Quran maka dengarlah dan perhatikanlah .. {Al-A’raaf 204}.
Sebagian ulama menyebutkan bahwa penamaan kitab ini dgn nama Alquran di antara kitab-kitab Allah itu krn kitab ini mencakup inti dari kitab-kitab-Nya bahkan mencakup inti dari semua ilmu. Hal itu diisyaratkan dalam firman-Nya yg artinya Dan Kami turunkan kepadamu al-kitab sebagai penjelasan bagi segala sesuatu. .
Tiada Kami alpakan sesuatu pun di dalam al-kitab ini . {Al-An’am 38}.
Sebagian ulama berpendapat bahwa kata Quran itu pada mulanya tidak berhamzah sebagai kata jadian. Mungkin krn ia dijadikan sebagai suatu nama bagi kalam yg diturunkan kepada Nabi saw. dan bukannya kata jadian dari qaraa atau mungkin juga krn ia berasal dari kata qarana asy-syai’ bi asy-syai’ yg berarti memperhubungkan sesuatu dgn yg lain atau juga berasal dari kata qaraain krn ayat-ayatnya satu dgn yg lain saling menyerupai. Dengan demikian huruf nun itu asli. Namun pendapat ini masih diragukan yg benar adl pendapat yg pertama.

Ulama'

Ulama perlu berperanan dalam pembangunan dan negara sejajar dengan kedudukan mereka sebagai orang berilmu serta beramal dengan ilmunya. Ulama adalah mereka yang dikurniakan ilmu agama dan ajaran islam dengan kefahaman mendalam serta mengetahui batasan agama, terutama meliputi aspek halal atau haram.

Beberapa peserta bengkel 'Pemahaman Bioteknologi : Kearah Ulama Bermaklumat' anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Direktorat Bioteknologi Kebangsaan Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar di Kuala Lumpur,baru-baru ini, bersetuju bahawa tugas ulama bukan sahaja membaca doa selamat, mengetuai majlis tahlil, membaca talking atau pun menimamkan sembahyang. Mereka berkata, selaku pewaris anbia, ulama mesti meneruskan perjuangan mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya islam yang menjanjikan kebahagian dunia dan yang lebih bermakna di akhirat.

Persekitaran dunia yang kian berubah dan ditambah dengan pelbagai isu melanda masyarakat Islam mendorong kajian menyeluruh dan teperinci dijalankan sebelum sebarang garis panduan dikeluarkan.

Ulama iaitu mufti negeri yang menghadiri bengkel itu juga berpendapat institusi mufti perlu diberi perhatian sepenuhnya untuk menjalankan kajian terperinci berhubung isu semasa yang memerlukan sesuatu fatwa dikeluarkan. Sepanjang menghadiri bengkel itu, banyak persoalan yang dikemukakan masih kabur, terutama dari segi status dan hukumnya. Keadan sebegini menggambarkan bahawa penyertaan golongan ulama dalam bidang bioteknologi masih kurang dititikberatkan walaupun persoalan itu membabitkan kepentingan umat Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan